Wednesday, October 11, 2006

Blogging moved to WordPress.

Saudara,


Kerana beberapa ciri-ciri blog di WordPress lebih manfaat, kini saya beralih ke WordPress. Sila click di bawah,


http://chromosome.wordpress.com


Terima Kasih.


Powered by Qumana


Thursday, October 05, 2006

Isu Murtad, Perlu Ditangani..


Kisah Kawan Karib..


Berhadapan dengan isu murtad di masa ini amat menakutkan. Apatah lagi, amat menakutkan sekali apabila seorang kawan karib saya sendiri menjadi mangsanya. Ia terjadi baru-baru ini apabila saya dengan tanpa berfikir panjang me'foward'kan satu message kepadanya tatkala isu Lina Joy hangat diperkatakan. Message itu mendakwa Lina Joy telah menang dalam kesnya. Tanpa diduga, response kawan saya itu amat berlainan sekali dari tanggapan saya. Dia ternyata gembira dan ingin kepastian sama ada message itu benar2 betul. Kaget dek kerana response diberi, kerana beranggapan tentulah setiap umat muslim mahukan Lina Joy kalah dalam kes itu dan yang paling utamanya kembali kepada Islam. Lalu saya bertanyakan kepadanya, apakah dia menyokong Lina Joy dalam kes tersebut? "Oh yes, sure.. " , " I will be next.."


Termanggu dengan jawapan tersebut, lalu saya menanyakan lagi apakah dia telah convert kepada kristian. Jawapan yang saya terima mudah, "emosionally yes..". Aduh! Apakah petaka yang menimpa kawanku ini, seorang perempuan bandar dari keluarga yang berada @ kaya , terjebak dalam masalah sosial dan paling malang sekali telah murtad kini!


Tidaklah dapat saya lakukan apa-apa melainkan nasihat2 yang diberi secara hikmah. Terbatas dengan itu, di lubuk hati saya amat mengharapkan dan mendoakan dia kembali ke pangkuan Islam yang suci. Dia telah pun berkahwin, dan saya boleh katakan faktor utama menyebabkan dia murtad ialah suami beliau yang berbangsa india dan asalnya pengikut kuat kristian dan hanya memeluk agama Islam baru-baru ini hanya kerana ingin mengahwininya. Mungkin kisah sebegini telah pernah anda dengari. Tapi, bayangkan lah jika ia berlaku di kalangan kawan rapat anda? Sungguh menakutkan!


Isu Pokok..


Isu utama yang perlu kita lihat dalam memahami masalah ini adalah usaha-usaha pendakwah Kristian dan dakyah Kristian yang berterusan dalam mengkristiankan umat-umat Islam. Usaha mereka ini tidak berhenti dan dibantu pula dengan dana kewangan yang cukup besar. Fakta ini bukan lagi rahsia, malah telah diketahui umum sejak lama dulu. Sekali-sekala akan terdengar cerita-cerita mengemparkan di kalangan umum lalu menjadi topic hangat, seketika. Kemudian surut kembali, walhal usaha ini dan kejadian murtad ini berlaku tanpa henti.


Dan yang menambah malang sekali, usaha-usaha umat Islam itu sendiri dalam memperkuatkan akidah dan pegangan umat Islam di kalang penganut agama Islam di negara ini langsung tidak kelihatan. Jarang sekali kita dengari seruan-seruan atau pun program-program dilakukan di pihak kebangsaan mahupun bawahan supaya umat Islam memperkuatkan akidah mereka dan memahami serta mendalami agama Islam supaya kukuh dan tidak goyah dek dakyah-dakyah kristian ini. Ini dalam usaha untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apatah lagi dalam usaha-usaha menerangkan agama Islam kepada penganut agama lain atau dalam kata lain berdakwah, amat kurang sekali. Ia hanya terhad kepada badan-badan tertentu seperti Perkim dan sebagainya. Sedangkan peranan dakwah oleh penganut Islam itu sendiri boleh dikatakan hampir tidak berlaku! Apakah kita boleh harapkan kepada penganut agama Islam dalam berdakwah, sedangkan mereka itu sendiri kurang pengetahuan dan amalannya?


Tidaklah dinafikan terdapat segelintir mereka-meraka yang aktif dalam usaha dakwah, tetapi sebahagian besarnya adalah mereka-mereka yang bergerak sebagai pendakwah bebas dan diatas kesedaran sendiri serta rasa cinta mereka untuk melihat agama Islam yang suci subur di muka bumi Malaysia ini. Terdapat persoalan di dada kita, mengapa mereka ini kebanyakannya bergerak sebagai pendakwah bebas? Yang sedia kita maklum, bermakna mereka ini tidaklah disokong atau dibantu oleh mana-mana badan dakwah dari segi kewangan mahupun sokongan tenaga. Mengapa mereka tidak bergerak atas badan dakwah yang terdapat di negara ini? Ini satu persoalan, yang pada saya telah pun mendapat jawapannya. Mereka-mereka ini terasa lebih senang dengan bergerak bebas dari terikat dengan badan-badan tertentu kerana badan-badan ini bukanlah membantu, malah membebani mereka lagi! Tidak dapat saya huraikan apa bentuk bebanan-bebanan ini sekarang ini, tertapi itulah jawapan yang saya perolehi dari mereka-mereka ini. Apa yang saya fahami, mereka-mereka yang berjawatan di badan-badan ini kebanyakannya tidak ikhlas dan menpunyai inspirasi yang tulen. Hanya mementingkan kuasa, pengaruh dan ego mereka!


Jadi, perlulah ada satu dasar yang jelas di peringkat kerajaan dalam usaha untuk menguatkan lagi akidah dan pegangan umat Islam serta usaha untuk berdakwah iaitu menerangkan kebaikan-kebaikan Islam kepada mereka-mereka yang masih belum mendapat hidayah. Program-program agama perlulah dia perbanyakkan dan ditingkatkan quality untuk menarik umat Islam dan bukan Islam dalam mendalami dan memahami agama yang suci ini. Jangan lah kita dilalaikan lagi dengan pelbagai bentuk hiburan yang sekarang ini sungguh melemaskan.


Wacana2 dan dialog2 perlulah dipertingkatkan di pelbagai peringkat dalam usaha penerangan tentang dasar dan ciri-ciri Islam itu kepada semua umat Malaysia ini.



Kes Lina Joy dan implikasinya..


Ingin saya mengulas pendapat saya tentang kes Lina Joy ini. Selain memandang ia dari suduh perundangan sivil dan undang-undang Pendaftaran Negara, perlu kita fahami keadaan sebenar kes Lina Joy ini. Dia telah pun murtad, dan telah pun murtad bertahun-tahun lamanya. Dan kini dia ingin memohon agar perkataan Islam itu dilucutkan dalam pendaftaran Kad Pengenalan dia sebagai warganegara Malaysia. Ini bagi memolehkan dia mendaftar secara sah berkahwin sebagai seorang Kristian. Keadaan dia kini seperti gantung tak bertali! Dia dah sah bukan Islam lagi, tetapi masih tertulis Islam di kad pengenalan dia.


Jelas, usaha untuk membawa dia kembali kepada Islam telah pun gagal. Kini halangan terakhir hanya dari sudut perundangan. Di dalam Islam, dari apa yang saya ketahui dan menjadi pendapat umum masyarakat Islam, seorang Islam yang murtad dan tidak mahu kembali kepada Islam setelah dipujuk, maka nyawanya telah pun halal iaitu boleh dibunuh. Tetapi perlu kita fahami, bahawa dia hanya boleh dibunuh jika Malaysia adalah negara Islam danĀ  Undang-undang syariah diterima pakai sebagai undang-undang tertinggi nagara. Tetapi ini bukanlah yang terjadi sekarang. Malaysia bukanlah negara Islam yang menganut undang-undang syariah, Malaysia adalah negara sekular dan mengambil Undang-undang sivil sebagai undang-undang tertinggi.


Di sinilah kita terperangkap di antara 3 isu, iaitu:


1.Kita tidak boleh membunuh dia kerana Malaysia bukan negara Islam.


2.Kita harus membiarkan dia hidup, tetapi isu ini perlu diselesaikan. Jika kita membiarkan dia terus menggunakan "Islam" di kad pengenalan dia, walhal dia sudah pun murtad, apa maknanya? Tiada gunanya bagi kita mahupun bagi Islam itu sendiri.


3.Tetapi, kita tidak boleh juga membiarkan dia berjaya dalam usahanya untuk melucutkan perkataan "Islam" itu atas sebab ia akan menjadi satu tanda bahawa tiada halangan lagi bagi umat Islam kini untuk murtad. Malah, ia akan menjadi satu motivation point untuk mereka lebih berani untuk keluar dari agama Islam.


Pada hemat saya, isu ketiga diatas adalah kerana kita takut dengan bayang-bayang kita. Kita gagal dalam usaha memperkuatkan umat kita dengan akidah dan pegangan Islam. Kita gagal menangani masalah-masalah moral di kalangan umat Islam yang menjadi punca mereka murtad. Kita gagal dalam menangkis dakyah-dakyah kristian yang berterusan. Ini adalah semuanya salah kita sendiri. Jadi apabila semua ini berlaku, dan jalan terakhir bagi kita hanya menggunakan undang-undang bagi menyekat mereka-mereka ini dari keluar Islam secara formal, padahal Allah tidak kira sama ada formal tidak formal, dia tetap murtad!


Saya berpandangan kita mengendalikan hal ini sejajar dengan ajaran Islam itu sendiri. Saya mengesyorkan agar dibuat seperti satu procedure supaya mereka-mereka ini dirujuk kepada satu panel / pendakwah / kanselor bagi menyelamatkan mereka dari keluar Islam. Setelah process ini gagal, terserah kepada mereka untuk melucutkan perkataan Islam itu kerana telah sah mereka itu murtad di sisi Allah. Process ini mirip kepada process dalam menuntut cerai, dimana pasangan akan / mesti di rujuk kepada kaunselor rumah tangga bagi menyelamatkan mereka. Jika gagal, terserahlah kepada mereka untuk mendaftar penceraian mereka.


Di samping itu, perlulah kita sedar bahawa isu ini isu kronik dan perlu ditangani segera. Segala usaha untuk memantapkan pegangan akidah umat Islam perlulah diperhebatkan. Usahlah masih lagi takbur dan ego seperti diperlihatkan oleh JAKIM!!


sekian.



Monday, October 02, 2006

Pak Lah dan Islam Hadhari, Apa Sebenarnya?





Apa Itu Islam Hadhari?


Sahabat. Tidak tahu bagaimana mahu saya terangkan perasaan saya ketika ini. Pada ketika menjamah makan sahur, saya menonton satu rancangan TV3, Al-Kuliyyah. Tajuk yang dibawa adalah berkenaan Islam Hadhari, tetapi mengguna pakai satu tajuk yang 'catching' untuk para skeptikal seperti saya untuk menonton, "Hadhari atau Hadharah".

Saya mengakui sehingga sebelum menonton program tersebut, saya masih lagu skeptikal dengan slogan yang sering dicanangkan oleh pentadbiran Abdullah itu. Seringkali saya dengari "Islam Hadhari" dilaung-laungkan tetapi saya tidak faham, apa dia?!

Diburukkan lagi dengan publisiti2 yg negatif terhadap Islam Hadhari, turut menyebabkan saya sangsi dengan Islam Hadhari tanpa memahami maksud sebenarnya. Harus diakui, program penerangan kepada rakyak mengenainya adalah gagal, mengambil kira dalam tempoh sekian lama sejak ia dilancarkan, ramai rakyat jelata masih tertanya2 mengenainya. Adakah ia agama baru?!

Setelah menggarapi program tersebut dengan teliti dan kusyuk serta olahan ahli panel yang bernas, barulah saya memahami. Pada asasnya bolehlah saya menjelaskan dalam bentuk point-point dibawah.

IA SEBENARNYA:

1. HADHARI ATAU HADHARAH ITU SEBENARNYA MERUJUK KEPADA MAKSUD KETAMADUNAN.

2.ISLAM HADHARI ADALAH PENDEKATAN/PROGRAM YANG DIAMBIL OLEH PEMERINTAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA TAMADUN ISLAM DI KALA INI DAN DI NEGARA INI BERTERASKAN NILAI-NILAI ISLAM YANG MENYELURUH.

3.BERTUJUAN UNTUK MENGEMBLING UMMAH MUSLIM UNTUK MENGAPAI KEGEMILANGAN TAMADUN BERASASKAN NILAI MURNI ISLAM SEJAGAT DI DALAM ASPEK AKIDAH, AKHLAK, EKONOMI,PERTAHANAN, KEADILAN PEMERINTAHAN, MARUAH, HAK MINORITI DAN SEBAGAINYA.

4.PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI SEPERTI MENJAGA AKIDAH, MENJAGA HAK AGAMA BUKAN ISLAM, AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR, EKONOMI YANG ADIL DAN TIDAK MENINDAS, PERTAHANAN YANG AMPUH, PEMERINTAHAN YANG TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAP, PENJAGAAN MARUAH SETIAP WARGANEGARANYA, PEMBELAAN HAK-HAK RAKYAT MINORITI DAN MISKIN DAN SEBAGAINYA.

DAN BUKANNYA:

1. BUKAN SATU FAHAMAN ISLAM YANG BARU DIMANA MENGAMBIL SEBAHAGIAN DAN MEMBUANG SEBAHAGIANNYA.

2. BUKAN MEMENTINGKAN KEDUNIAAN DAN MEMBUANG AKHIRAT. IA BERTUJUAN PENERAPAN NILAI-NILAI AQIDAH DAN AKHLAK YANG TINGGI DISAMPING MENCAPAI KETAMADUNAN DUNIA.


Point-point diatas hanya beberapa fakta yang dapat saya tulis disini. Dan dari pemahaman saya, objektif pendekatan dan program ini diambil adalah untuk mengatasi masalah kelemahan kuasa tamadun Islam sekarang, dimana para pecinta agama hanya meminati untuk mendekati agama dalam aspek kerohanian tetapi gagal dalam pertejemahan Islam dalam bentuk yang lebih luas seperti kemahuan-kemahuan untuk suksess dalam bidang2 keduniaan dan asas kehidupan kenegaraan. Kelemahan ini telah mewujudkan negara-negara Islam yang lemah, dimana Islam berjaya diperingkat politik negara-negara tetapi tidak dapat diterjemahkan diperingkat lain sebagai contoh kekuatan pertahanan dan ekonomi. Justeru itu Islam sekarang tidak dapat menangkis serangan-serangan barat terhapat Islam dikeranakan kelemahan-kelemahan tersebut.

Dari penerangan saya diatas, jelas sekali keputusan kerajaan pimpinan Pak Lah tidaklah salah dalam mengambil atau mengguna pakai pendekatan ini. Ia bolehlah dibandingkan dengan pendekatan oleh Tun Mahathir Mohammed 'Dasar Pandang Ke Timur'. Jika dibangdingkan diantara kedua-duanya, jelas pada kita pendekatan Islam adalah lebih tepat untuk menjadi dasar ikutan kita. Kejayaan-kejayaan ketamadunan Islam sebelum ini menjadi teras kepada dasar pendekatan Islam Hadhari.

Saudara kini boleh mengatakan bahawa saya menyokong program/pendekatan Islam hadhari ini.

Masalahnya?

Sedang Islam Hadhari itu seperti satu kempen murni oleh pemerintah yang kita tidak boleh mempersoalkan tujuan murninya itu, terdapat beberapa faktor2 yang jelas pada saya boleh menyebabkan ianya gagal.

1. ISU PENERANGAN.
Tidak perlu saya huraikan tentang ini, kerana jelas rata-rata rakyat masih gagal memahami maksud sebenarnya. Diburukkan lagi dengan publisiti yangf buruk tentangnya. Jelas kerangka penerangan dasar ini gagal.

2. ISU KETELADANAN.

Sudah pasti amat penting dalam melaksanakan sesuatu dasar yang menuntuk pemahaman dan ikutan rakyat jelata, keteladanan pemimpin adalah utama. Dalam hal ini, amat menduka citakan, rakyat tidak nampak nilai-nilai murni itu sendiri diguna pakai oleh para pemimpin negara. Ini jelas dalam isu-isu salah guna kuasa dan rasuah, gagal mempertahankan hak rakyat minoriti dan miskin dan sebagainya. Ini menjadi isu utama dalam pelaksanaan dasar ini kerana rakyat mula memandang sinis kepada pemintah itu sendiri.

3. ISU PENERAPAN DASAR

Dalam menerapkan dasar-dasar murni yang diatur di dalam konsep Islam Hadhari, kaedah-kaedahnya masih lagi kabur. Dengan terbentuknya satu perkampungan Hadhari di sebuah negeri pantai timur, tidaklah dapat kita fahami apa maksudnya itu. Ini diburukkan lagi dengan pendedahan negatif terhadapnya tatkala dihebohkan di media massa soal akhlak tidak dijaga ketika kempen tersebut dilaksanakan di perkampungan tersebut. Ini menambah parah kepada usaha murni tersebut.


Secara keseluruhannya, saya menyokong dasar itu sendiri kerana ianya murni dan tidaklah menyalahi agama. Tetapi adalah sesuatu yang agak mustahil ianya dapat dijayakan dengan jayanya tatkala umarak atau pemimpin itu sendiri tidak dilihat sebagai contoh utama dalam penerapan nilai-nilai murni tersebut. Sesuatu yang murni tidak akan berhasil jika mana pelaksana dan pelaksaannya tidak betul dan tidak murni.

Sekian.