Cara Abdullah Menangani Isu-Isu Semasa, Amat Tidak Menyenangkan..
Tatkala senario dunia kini berhadapan dengan pelbagai konflik, yang rata-rata melibatkan negara-negara Islam dan umat Islam difitnah, dipandang serong, ditekan dan pelbagai lagi bentuk penindasan. Negara kita jugak tidak berkecuali dalam berhadapan pelbagai isu-isu melibatkan perihal agama, kaum dan kedaulatan. Dan isu-isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat.
Perihal kes Lina Joy;
Sentimen masyarakat terhadap isu ini amatlah menggusarkan. Di pihak Melayu/Islam, sudah pastinya ingin melihat kes Lina Joy gagal dalam kesnya menuntut pengguguran status 'Islam' dalam kad pengenalannya. Di pihak bukan Islam pula, ingin sekali mereka melihat keputusan sebaliknya atas keinginan mereka menegakkan hak mereka dalam memilih agama. Tatkala ramai memperkatakan perihal isu ini, malah sehinggakan perbalahan berlaku di suatu dialog yang dikelolakan oleh sebuah badan NGO sehinggan melihatkan campur tangan polis.
Persoalannya, bagaimanakah Abdullah menanganinya? Hanya setelah beberapa bulan pertikaian antara dua kumpulan ini berlangsung, barulah Pak Lah menggesa sebarang isu sensitif melibatkan hal agama tidak dibincangkan secara umum. Ini bagi mengelakkan dari situasi menjadi buruk dan di luar kawalan. Bagi saya, memang perlu kita mengawal situasi ini dari menjadi buruk. Tetapi dengan hanya menghalang ianya dari diperkatakan umum, ia tidak bermakna isu ini selesai. Malah bagi saya, isu ini kini umpama 'api dalam sekam', bila2 masa sahaja boleh membakar dengan maraknya.
Sebagai Perdana Menteri, amatlah diharapkan susulan dari gesaan beliau itu, beliau tampil memberi penjelasan kepada umum tentang duduk perkara tersebut. Di mana hak2 orang Islam dan di mana hak2 bukan Islam di dalam perlembagaan. Kita amat harapkan suatu diolang dilakukan dalam keadaan harmoni dan adil bagi menjelaskan duduk perkara ini kepada orang Islam dan bukan Islam di dalam negara ini. Tetapi beliau gagal.
Saya menyokong pendapat Anwar Ibrahim bahawa dialog2 perlu diadakan bagi memperbetulkan tanggapan2 yang salah antara pengganut agama Islam dan bukan Islam yang kini kita yakini, amatlah serong.
Isu peminggiran kaum Cina di Malaysia dalam kenyataan Lee Kuan Yiew;
Sekali lagi kita menunngu apakah yang akan diperkata oleh Abdullah dalam hal ini. Dan hari ini kita baca di dada akhbar, bahawa Pak Lah akan meminta penjelasan bertulis dari Lee Kuan Yiew berhubung dakwaan ini. Amatlah malang sekali bagi seorang Perdana Menteri, setiap kali berhadapan sebarang isu atau dakwaan beliau perlu meminta pejelasan dari orang yang didakwanya itu. Senario ini mirip sekali kepada senario beliau meminta Scomi menyerahkan laporan operasi bisnesnya kepada beliau tatkala orang mendakwa Scomi menyalahgunakan pengaruh dalam menjalankan perniagaannya.
Kini sekali lagi beliau meminta Lee Kuan Yiew memberi penjelasan kepadanya tatkala orang ramai mendakwa apa yang telah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu menghasut isu perkauman di dalam negara kita. Sudah pastilah, dengan segala kecekapan memutar belitkan fakta dan ungkapan, ia dapat membenarkan apa yang diucapkannya. Dan Perdana Menteri akan berkata, penjelasan dari Lee Kuan Yiew itu sudah mencukupi. Ini lah yang kita lihat dalam kes Scomi, dan kes penghinaan Islam oleh Pope XVI. Sungguh menduka citakan rakyat.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home