Isu Murtad, Perlu Ditangani..
Kisah Kawan Karib..
Berhadapan dengan isu murtad di masa ini amat menakutkan. Apatah lagi, amat menakutkan sekali apabila seorang kawan
karib saya sendiri menjadi mangsanya. Ia terjadi baru-baru ini apabila saya dengan tanpa berfikir panjang me'foward'kan satu message kepadanya tatkala isu Lina Joy hangat diperkatakan. Message itu mendakwa Lina Joy telah menang dalam kesnya. Tanpa diduga, response kawan saya itu amat berlainan sekali dari tanggapan saya. Dia ternyata gembira dan ingin kepastian sama ada message itu benar2 betul. Kaget dek kerana response diberi, kerana beranggapan tentulah setiap umat muslim mahukan Lina Joy kalah dalam kes itu dan yang paling utamanya kembali kepada Islam. Lalu saya bertanyakan kepadanya, apakah dia menyokong Lina Joy dalam kes tersebut? "Oh yes, sure.. " , " I will be next.."
Termanggu dengan jawapan tersebut, lalu saya menanyakan lagi apakah dia telah convert kepada kristian. Jawapan yang saya terima mudah, "emosionally yes..". Aduh! Apakah petaka yang menimpa kawanku ini, seorang perempuan bandar dari keluarga yang berada @ kaya , terjebak dalam masalah sosial dan paling malang sekali telah murtad kini!
Tidaklah dapat saya lakukan apa-apa melainkan nasihat2 yang diberi secara hikmah. Terbatas dengan itu, di lubuk hati saya amat mengharapkan dan mendoakan dia kembali ke pangkuan Islam yang suci. Dia telah pun berkahwin, dan saya boleh katakan faktor utama menyebabkan dia murtad ialah suami beliau yang berbangsa india dan asalnya pengikut kuat kristian dan hanya memeluk agama Islam baru-baru ini hanya kerana ingin mengahwininya. Mungkin kisah sebegini telah pernah anda dengari. Tapi, bayangkan lah jika ia berlaku di kalangan kawan rapat anda? Sungguh menakutkan!
Isu Pokok..
Isu utama yang perlu kita lihat dalam memahami masalah ini adalah usaha-usaha pendakwah Kristian dan dakyah Kristian yang berterusan dalam mengkristiankan umat-umat Islam. Usaha mereka ini tidak berhenti dan dibantu pula dengan dana kewangan yang cukup besar. Fakta ini bukan lagi rahsia, malah telah diketahui umum sejak lama dulu. Sekali-sekala akan terdengar cerita-cerita mengemparkan di kalangan umum lalu menjadi topic hangat, seketika. Kemudian surut kembali, walhal usaha ini dan kejadian murtad ini berlaku tanpa henti.
Dan yang menambah malang sekali, usaha-usaha umat Islam itu sendiri dalam memperkuatkan akidah dan pegangan umat Islam di kalang penganut agama Islam di negara ini langsung tidak kelihatan. Jarang sekali kita dengari seruan-seruan atau pun program-program dilakukan di pihak kebangsaan mahupun bawahan supaya umat Islam memperkuatkan akidah mereka dan memahami serta mendalami agama Islam supaya kukuh dan tidak goyah dek dakyah-dakyah kristian ini. Ini dalam usaha untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apatah lagi dalam usaha-usaha menerangkan agama Islam kepada penganut agama lain atau dalam kata lain berdakwah, amat kurang sekali. Ia hanya terhad kepada badan-badan tertentu seperti Perkim dan sebagainya. Sedangkan peranan dakwah oleh penganut Islam itu sendiri boleh dikatakan hampir tidak berlaku! Apakah kita boleh harapkan kepada penganut agama Islam dalam berdakwah, sedangkan mereka itu sendiri kurang pengetahuan dan amalannya?
Tidaklah dinafikan terdapat segelintir mereka-meraka yang aktif dalam usaha dakwah, tetapi sebahagian besarnya adalah mereka-mereka yang bergerak sebagai pendakwah bebas dan diatas kesedaran sendiri serta rasa cinta mereka untuk melihat agama Islam yang suci subur di muka bumi Malaysia ini. Terdapat persoalan di dada kita, mengapa mereka ini kebanyakannya bergerak sebagai pendakwah bebas? Yang sedia kita maklum, bermakna mereka ini tidaklah disokong atau dibantu oleh mana-mana badan dakwah dari segi kewangan mahupun sokongan tenaga. Mengapa mereka tidak bergerak atas badan dakwah yang terdapat di negara ini? Ini satu persoalan, yang pada saya telah pun mendapat jawapannya. Mereka-mereka ini terasa lebih senang dengan bergerak bebas dari terikat dengan badan-badan tertentu kerana badan-badan ini bukanlah membantu, malah membebani mereka lagi! Tidak dapat saya huraikan apa bentuk bebanan-bebanan ini sekarang ini, tertapi itulah jawapan yang saya perolehi dari mereka-mereka ini. Apa yang saya fahami, mereka-mereka yang berjawatan di badan-badan ini kebanyakannya tidak ikhlas dan menpunyai inspirasi yang tulen. Hanya mementingkan kuasa, pengaruh dan ego mereka!
Jadi, perlulah ada satu dasar yang jelas di peringkat kerajaan dalam usaha untuk menguatkan lagi akidah dan pegangan umat Islam serta usaha untuk berdakwah iaitu menerangkan kebaikan-kebaikan Islam kepada mereka-mereka yang masih belum mendapat hidayah. Program-program agama perlulah dia perbanyakkan dan ditingkatkan quality untuk menarik umat Islam dan bukan Islam dalam mendalami dan memahami agama yang suci ini. Jangan lah kita dilalaikan lagi dengan pelbagai bentuk hiburan yang sekarang ini sungguh melemaskan.
Wacana2 dan dialog2 perlulah dipertingkatkan di pelbagai peringkat dalam usaha penerangan tentang dasar dan ciri-ciri Islam itu kepada semua umat Malaysia ini.
Kes Lina Joy dan implikasinya..
Ingin saya mengulas pendapat saya tentang kes Lina Joy ini. Selain memandang ia dari suduh perundangan sivil dan undang-undang Pendaftaran Negara, perlu kita fahami keadaan sebenar kes Lina Joy ini. Dia telah pun murtad, dan telah pun murtad bertahun-tahun lamanya. Dan kini dia ingin memohon agar perkataan Islam itu dilucutkan dalam pendaftaran Kad Pengenalan dia sebagai warganegara Malaysia. Ini bagi memolehkan dia mendaftar secara sah berkahwin sebagai seorang Kristian. Keadaan dia kini seperti gantung tak bertali! Dia dah sah bukan Islam lagi, tetapi masih tertulis Islam di kad pengenalan dia.
Jelas, usaha untuk membawa dia kembali kepada Islam telah pun gagal. Kini halangan terakhir hanya dari sudut perundangan. Di dalam Islam, dari apa yang saya ketahui dan menjadi pendapat umum masyarakat Islam, seorang Islam yang murtad dan tidak mahu kembali kepada Islam setelah dipujuk, maka nyawanya telah pun halal iaitu boleh dibunuh. Tetapi perlu kita fahami, bahawa dia hanya boleh dibunuh jika Malaysia adalah negara Islam danĀ Undang-undang syariah diterima pakai sebagai undang-undang tertinggi nagara. Tetapi ini bukanlah yang terjadi sekarang. Malaysia bukanlah negara Islam yang menganut undang-undang syariah, Malaysia adalah negara sekular dan mengambil Undang-undang sivil sebagai undang-undang tertinggi.
Di sinilah kita terperangkap di antara 3 isu, iaitu:
1.Kita tidak boleh membunuh dia kerana Malaysia bukan negara Islam.
2.Kita harus membiarkan dia hidup, tetapi isu ini perlu diselesaikan. Jika kita membiarkan dia terus menggunakan "Islam" di kad pengenalan dia, walhal dia sudah pun murtad, apa maknanya? Tiada gunanya bagi kita mahupun bagi Islam itu sendiri.
3.Tetapi, kita tidak boleh juga membiarkan dia berjaya dalam usahanya untuk melucutkan perkataan "Islam" itu atas sebab ia akan menjadi satu tanda bahawa tiada halangan lagi bagi umat Islam kini untuk murtad. Malah, ia akan menjadi satu motivation point untuk mereka lebih berani untuk keluar dari agama Islam.
Pada hemat saya, isu ketiga diatas adalah kerana kita takut dengan bayang-bayang kita. Kita gagal dalam usaha memperkuatkan umat kita dengan akidah dan pegangan Islam. Kita gagal menangani masalah-masalah moral di kalangan umat Islam yang menjadi punca mereka murtad. Kita gagal dalam menangkis dakyah-dakyah kristian yang berterusan. Ini adalah semuanya salah kita sendiri. Jadi apabila semua ini berlaku, dan jalan terakhir bagi kita hanya menggunakan undang-undang bagi menyekat mereka-mereka ini dari keluar Islam secara formal, padahal Allah tidak kira sama ada formal tidak formal, dia tetap murtad!
Saya berpandangan kita mengendalikan hal ini sejajar dengan ajaran Islam itu sendiri. Saya mengesyorkan agar dibuat seperti satu procedure supaya mereka-mereka ini dirujuk kepada satu panel / pendakwah / kanselor bagi menyelamatkan mereka dari keluar Islam. Setelah process ini gagal, terserah kepada mereka untuk melucutkan perkataan Islam itu kerana telah sah mereka itu murtad di sisi Allah. Process ini mirip kepada process dalam menuntut cerai, dimana pasangan akan / mesti di rujuk kepada kaunselor rumah tangga bagi menyelamatkan mereka. Jika gagal, terserahlah kepada mereka untuk mendaftar penceraian mereka.
Di samping itu, perlulah kita sedar bahawa isu ini isu kronik dan perlu ditangani segera. Segala usaha untuk memantapkan pegangan akidah umat Islam perlulah diperhebatkan. Usahlah masih lagi takbur dan ego seperti diperlihatkan oleh JAKIM!!
sekian.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home