Pak Lah dan Islam Hadhari, Apa Sebenarnya?

Apa Itu Islam Hadhari?
Sahabat. Tidak tahu bagaimana mahu saya terangkan perasaan saya ketika ini. Pada ketika menjamah makan sahur, saya menonton satu rancangan TV3, Al-Kuliyyah. Tajuk yang dibawa adalah berkenaan Islam Hadhari, tetapi mengguna pakai satu tajuk yang 'catching' untuk para skeptikal seperti saya untuk menonton, "Hadhari atau Hadharah".
Saya mengakui sehingga sebelum menonton program tersebut, saya masih lagu skeptikal dengan slogan yang sering dicanangkan oleh pentadbiran Abdullah itu. Seringkali saya dengari "Islam Hadhari" dilaung-laungkan tetapi saya tidak faham, apa dia?!
Diburukkan lagi dengan publisiti2 yg negatif terhadap Islam Hadhari, turut menyebabkan saya sangsi dengan Islam Hadhari tanpa memahami maksud sebenarnya. Harus diakui, program penerangan kepada rakyak mengenainya adalah gagal, mengambil kira dalam tempoh sekian lama sejak ia dilancarkan, ramai rakyat jelata masih tertanya2 mengenainya. Adakah ia agama baru?!
Setelah menggarapi program tersebut dengan teliti dan kusyuk serta olahan ahli panel yang bernas, barulah saya memahami. Pada asasnya bolehlah saya menjelaskan dalam bentuk point-point dibawah.
IA SEBENARNYA:
1. HADHARI ATAU HADHARAH ITU SEBENARNYA MERUJUK KEPADA MAKSUD KETAMADUNAN.
2.ISLAM HADHARI ADALAH PENDEKATAN/PROGRAM YANG DIAMBIL OLEH PEMERINTAH UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA TAMADUN ISLAM DI KALA INI DAN DI NEGARA INI BERTERASKAN NILAI-NILAI ISLAM YANG MENYELURUH.
3.BERTUJUAN UNTUK MENGEMBLING UMMAH MUSLIM UNTUK MENGAPAI KEGEMILANGAN TAMADUN BERASASKAN NILAI MURNI ISLAM SEJAGAT DI DALAM ASPEK AKIDAH, AKHLAK, EKONOMI,PERTAHANAN, KEADILAN PEMERINTAHAN, MARUAH, HAK MINORITI DAN SEBAGAINYA.
4.PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI SEPERTI MENJAGA AKIDAH, MENJAGA HAK AGAMA BUKAN ISLAM, AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR, EKONOMI YANG ADIL DAN TIDAK MENINDAS, PERTAHANAN YANG AMPUH, PEMERINTAHAN YANG TELUS DAN BERTANGGUNGJAWAP, PENJAGAAN MARUAH SETIAP WARGANEGARANYA, PEMBELAAN HAK-HAK RAKYAT MINORITI DAN MISKIN DAN SEBAGAINYA.
DAN BUKANNYA:
1. BUKAN SATU FAHAMAN ISLAM YANG BARU DIMANA MENGAMBIL SEBAHAGIAN DAN MEMBUANG SEBAHAGIANNYA.
2. BUKAN MEMENTINGKAN KEDUNIAAN DAN MEMBUANG AKHIRAT. IA BERTUJUAN PENERAPAN NILAI-NILAI AQIDAH DAN AKHLAK YANG TINGGI DISAMPING MENCAPAI KETAMADUNAN DUNIA.
Point-point diatas hanya beberapa fakta yang dapat saya tulis disini. Dan dari pemahaman saya, objektif pendekatan dan program ini diambil adalah untuk mengatasi masalah kelemahan kuasa tamadun Islam sekarang, dimana para pecinta agama hanya meminati untuk mendekati agama dalam aspek kerohanian tetapi gagal dalam pertejemahan Islam dalam bentuk yang lebih luas seperti kemahuan-kemahuan untuk suksess dalam bidang2 keduniaan dan asas kehidupan kenegaraan. Kelemahan ini telah mewujudkan negara-negara Islam yang lemah, dimana Islam berjaya diperingkat politik negara-negara tetapi tidak dapat diterjemahkan diperingkat lain sebagai contoh kekuatan pertahanan dan ekonomi. Justeru itu Islam sekarang tidak dapat menangkis serangan-serangan barat terhapat Islam dikeranakan kelemahan-kelemahan tersebut.
Dari penerangan saya diatas, jelas sekali keputusan kerajaan pimpinan Pak Lah tidaklah salah dalam mengambil atau mengguna pakai pendekatan ini. Ia bolehlah dibandingkan dengan pendekatan oleh Tun Mahathir Mohammed 'Dasar Pandang Ke Timur'. Jika dibangdingkan diantara kedua-duanya, jelas pada kita pendekatan Islam adalah lebih tepat untuk menjadi dasar ikutan kita. Kejayaan-kejayaan ketamadunan Islam sebelum ini menjadi teras kepada dasar pendekatan Islam Hadhari.
Saudara kini boleh mengatakan bahawa saya menyokong program/pendekatan Islam hadhari ini.
Masalahnya?
Sedang Islam Hadhari itu seperti satu kempen murni oleh pemerintah yang kita tidak boleh mempersoalkan tujuan murninya itu, terdapat beberapa faktor2 yang jelas pada saya boleh menyebabkan ianya gagal.
1. ISU PENERANGAN.
Tidak perlu saya huraikan tentang ini, kerana jelas rata-rata rakyat masih gagal memahami maksud sebenarnya. Diburukkan lagi dengan publisiti yangf buruk tentangnya. Jelas kerangka penerangan dasar ini gagal.
2. ISU KETELADANAN.
Sudah pasti amat penting dalam melaksanakan sesuatu dasar yang menuntuk pemahaman dan ikutan rakyat jelata, keteladanan pemimpin adalah utama. Dalam hal ini, amat menduka citakan, rakyat tidak nampak nilai-nilai murni itu sendiri diguna pakai oleh para pemimpin negara. Ini jelas dalam isu-isu salah guna kuasa dan rasuah, gagal mempertahankan hak rakyat minoriti dan miskin dan sebagainya. Ini menjadi isu utama dalam pelaksanaan dasar ini kerana rakyat mula memandang sinis kepada pemintah itu sendiri.
3. ISU PENERAPAN DASAR
Dalam menerapkan dasar-dasar murni yang diatur di dalam konsep Islam Hadhari, kaedah-kaedahnya masih lagi kabur. Dengan terbentuknya satu perkampungan Hadhari di sebuah negeri pantai timur, tidaklah dapat kita fahami apa maksudnya itu. Ini diburukkan lagi dengan pendedahan negatif terhadapnya tatkala dihebohkan di media massa soal akhlak tidak dijaga ketika kempen tersebut dilaksanakan di perkampungan tersebut. Ini menambah parah kepada usaha murni tersebut.
Secara keseluruhannya, saya menyokong dasar itu sendiri kerana ianya murni dan tidaklah menyalahi agama. Tetapi adalah sesuatu yang agak mustahil ianya dapat dijayakan dengan jayanya tatkala umarak atau pemimpin itu sendiri tidak dilihat sebagai contoh utama dalam penerapan nilai-nilai murni tersebut. Sesuatu yang murni tidak akan berhasil jika mana pelaksana dan pelaksaannya tidak betul dan tidak murni.
Sekian.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home