Friday, September 22, 2006

Krisis MAHATHIR - ABDULLAH, patutkah kita menyokong MAHATHIR?

Bagi ramai pemerhati politik dan rakyat biasa, krisis Mahathir - Abdullah telah membuka pelbagai isu-isu yang menarik untuk dikupas. Bagi pemerhati politik, situasi ini amat menarik setelah meyaksikan perkembang politik yang agak lesu selama hampir 3 tahun sejak Mahathir mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.


Pelbagai isu-isu dibangkitkan oleh Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dari isu AP, Proton, jambatan bengkok dan sebagainya. Bagi kita rakyat umum, isu-isu yang dibangkitkan ini ada asasnya. Sedar atau tidak kita mula menyatakan sokongan kita kepada Mahathir. Kita mula mempersoalkan tindakan-tindakan Abdullah sebagai ketua negara. Semetelah Pak Lah menjawap isu-isu yang dibangkitkan, ternyata jawapannya tidaklah dapat memuaskan hati. Kita sebagai rakyat jelata sendiri pun agak ragu dengan jawapan Pak Lah, apatah lagi Mahathir.


Seterusnya, Mahathir terus menerus mengkritik Pak Lah dengan isu-isu yang sama ditambah lagi dengan beberapa isu baru seperti tindakan Pak Lah menghalangnya dari bertemu dengan ahli-ahli Umno bagi menerangkan pendapatnya.. Mahathir mula melabel Pak Lah sebagai tidak demokarik, malah mengatakan Pak Lah diktator kerana menutup ruangnya untuk mengkritik Pak Lah dan kerajaan.


Di sinilah menariknya. Bagi kita pemerhati politik, tindakan Pak Lah tidak lain hanyalah meniru tindakan Mahathir di zaman pemerintahannya dulu. Mahathir pernah menahan pengkritik-pengkritiknya di Kemunting menggunakan akta ISA. Mereka yang ditahan adalah ramai jumlahnya. Mereka ini ditahan hanya kerana mengkritik dengan lantang tindakan2 tidak adil Mahathir ketika itu. Jadi bagi kita, 2 x 5, 5 x 2, sama!


Abdullah melakukan benda yang sama dilakukan oleh Mahathir, tetapi mungkin caranya berlainan kerana situasinya kini agak berlainan. Mahathir menahan pengkritik2 nya ke dalam ISA dulu adalah mereka2 yang berada di luar Umno. Bagaimana pula seorang Presiden Umno mahu menahan pengkritik2 nya yang berada di dalam Umno? Tidak lain tidak dengan menutup segala saluran yang ada.


Bagi Mahathir untuk mengkritik Pak Lah sebagai tidak demokratik adalah sesuatu yang agak melucukan dan payah untuk kita sokong. Kerana yang mengkritik itu pun sama, 2 x 5! Cuma sekarang dia tidak punya kuasa.


Bagaimanakah pendirian kita dalam hal ini? Sebahagiannya kita sokong sebahagiannya kita tidak sokong kerana kita persoalkan kredibiliti pengkritiknya itu. Jadi jelaslah, dalam krisis Mahathir - Abdullah ini, kita hanyalah patut menyokong dalam soal isu-isu yang dibangkitkan Mahathir, dan bukanlah kita menyokong Mahathir.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home