Krisis MAHATHIR - ABDULLAH, patutkah kita menyokong ABDULLAH?
Sementelah hampir 3 tahun Abdullah Ahmad Badawi memegang tampuk pemerintahan negara, kini kita melihat satu krisis dalam Umno mirip kepada krisis Tunku Abdul Rahman - Mahathir suatu ketika dulu. Krisis diantara bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri yang sedang memerintah. Persoalan dalam krisis-krisis ini tetap sama, iaitu perbezaan pendapat anta bekas Perdana Menteri dangan dasar2 Perdana Menteri yang sedang memerintah.
Kini Mahathir dengan jelas sekali menentang polisi2 yang dijalankan Pak Lah terutama sekali tentang pembatalan Jambatan Bengkok (Crooked Brigde). Dakwaan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa Perdana Menteri itu lemah, pengecut, dan tidak berkemampuan. Sekali lagi bagi kita sebagai rakyat umum, dakwaan Mahathir ini ada benarnya. Bagi kita negara yang bermaruah, amatlah jatuh maruah kita bila mana kita tidak berani melakukan sesuatu di dalam negara kita sendiri. Dengan alasan takut untuk menghadapi risiko perundangan antarabangsa dengan Singapura, lalu kita membatalkan projek jambatan bengkok itu. Bagi saya, untuk berasa takut atas benda yang belum lagi dilakukan bahkan belum tentu lagi membawa risiko perundangan adalah sesuatu yang dianggap menjatuhkan maruah apatah lagi ia hanya melibatkan sesuatu yang ingin kita lakukan di dalam kawasan kedaulatan kita. Dan bangsa Melayu amat memandang tinggi maruah bangsa dan negaranya!
Banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir terhadap Pak Lah bagi menyatakan bahawa dasar2 yang diguna pakai oleh Pak Lah ini adalah amat tidak kena. Dasarnya membiarkan Proton bersaing secara terbuka, tanpa sebarang lindungan adalah amat berbahaya sekali kepada syarikat itu. Memikirkan tentang bahawa pentingnya syarikat itu terhadap syarikat2 kecil yang membekalkan produk kepadanya, dan memikirkan betapa bahayanya Proton jatuh bankrap dan kesannya kepada usahawan2 tempatan khususnya usahawan2 melayu, maka tindakan Pak Lah di sebalik tujuan murninya itu tidaklah boleh diterima. Banyak lagi isu-isu yang bagi kita nyata membuktikan Pak Lah tidak cekap dalam menanganinya.
Apa yang ingin saya katakan adalah, Abdullah Ahmad Badai disebalik keperibadian bersih dan niat-niat suci beliau, adalah tidak cekap dan tidak berkemampuan untuk memerintah nagara kita Malaysia. Banyak lagi bukti-bukti yang boleh menyokong pendapat ini dan akan saya bincangkan pada hari yang lain.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home