Sunday, September 24, 2006

Cara Abdullah Menangani Isu-Isu Semasa, Amat Tidak Menyenangkan..


Tatkala senario dunia kini berhadapan dengan  pelbagai konflik, yang rata-rata melibatkan negara-negara Islam dan umat Islam difitnah, dipandang serong, ditekan dan pelbagai lagi bentuk penindasan. Negara kita jugak tidak berkecuali dalam berhadapan pelbagai isu-isu melibatkan perihal agama, kaum dan kedaulatan. Dan isu-isu ini hangat diperkatakan oleh masyarakat.


Perihal kes Lina Joy;


Sentimen masyarakat terhadap isu ini amatlah menggusarkan. Di pihak Melayu/Islam, sudah pastinya ingin melihat kes Lina Joy gagal dalam kesnya menuntut pengguguran status 'Islam' dalam kad pengenalannya. Di pihak bukan Islam pula, ingin sekali mereka melihat keputusan sebaliknya atas keinginan mereka menegakkan hak mereka dalam memilih agama. Tatkala ramai memperkatakan perihal isu ini, malah sehinggakan perbalahan berlaku di suatu dialog yang dikelolakan oleh sebuah badan NGO sehinggan melihatkan campur tangan polis.


Persoalannya, bagaimanakah Abdullah menanganinya? Hanya setelah beberapa bulan pertikaian antara dua kumpulan ini berlangsung, barulah Pak Lah menggesa sebarang isu sensitif melibatkan hal agama tidak dibincangkan secara umum. Ini bagi mengelakkan dari situasi menjadi buruk dan di luar kawalan. Bagi saya, memang perlu kita mengawal situasi ini dari menjadi buruk. Tetapi dengan hanya menghalang ianya dari diperkatakan umum, ia tidak bermakna isu ini selesai. Malah bagi saya, isu ini kini umpama 'api dalam sekam', bila2 masa sahaja boleh membakar dengan maraknya.


Sebagai Perdana Menteri, amatlah diharapkan susulan dari gesaan beliau itu, beliau tampil memberi penjelasan kepada umum tentang duduk perkara tersebut. Di mana hak2 orang Islam dan di mana hak2 bukan Islam di dalam perlembagaan. Kita amat harapkan suatu diolang dilakukan dalam keadaan harmoni dan adil bagi menjelaskan duduk perkara ini kepada orang Islam dan bukan Islam di dalam negara ini. Tetapi beliau gagal.


Saya menyokong pendapat Anwar Ibrahim bahawa dialog2 perlu diadakan bagi memperbetulkan tanggapan2 yang salah antara pengganut agama Islam dan bukan Islam yang kini kita yakini, amatlah serong.



Isu peminggiran kaum Cina di Malaysia dalam kenyataan Lee Kuan Yiew;


Sekali lagi kita menunngu apakah yang akan diperkata oleh Abdullah dalam hal ini. Dan hari ini kita baca di dada akhbar, bahawa Pak Lah akan meminta penjelasan bertulis dari Lee Kuan Yiew berhubung dakwaan ini. Amatlah malang sekali bagi seorang Perdana Menteri, setiap kali berhadapan sebarang isu atau dakwaan beliau perlu meminta pejelasan dari orang yang didakwanya itu. Senario ini mirip sekali kepada senario beliau meminta Scomi menyerahkan laporan operasi bisnesnya kepada beliau tatkala orang mendakwa Scomi menyalahgunakan pengaruh dalam menjalankan perniagaannya.


 Kini sekali lagi beliau meminta Lee Kuan Yiew memberi penjelasan kepadanya tatkala orang ramai mendakwa apa yang telah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Singapura itu menghasut isu perkauman di dalam negara kita. Sudah pastilah, dengan segala kecekapan memutar belitkan fakta dan ungkapan, ia dapat membenarkan apa yang diucapkannya. Dan Perdana Menteri akan berkata, penjelasan dari Lee Kuan Yiew itu sudah mencukupi. Ini lah yang kita lihat dalam kes Scomi, dan  kes penghinaan Islam oleh Pope XVI. Sungguh menduka citakan rakyat.







Krisis MAHATHIR - ABDULLAH, patutkah kita menyokong ABDULLAH?

Sementelah hampir 3 tahun Abdullah Ahmad Badawi memegang tampuk pemerintahan negara, kini kita melihat satu krisis dalam Umno mirip kepada krisis Tunku Abdul Rahman - Mahathir suatu ketika dulu. Krisis diantara bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri yang sedang memerintah. Persoalan dalam krisis-krisis ini tetap sama, iaitu perbezaan pendapat anta bekas Perdana Menteri dangan dasar2 Perdana Menteri yang sedang memerintah.


Kini Mahathir dengan jelas sekali menentang polisi2 yang dijalankan Pak Lah terutama sekali tentang pembatalan Jambatan Bengkok (Crooked Brigde). Dakwaan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa Perdana Menteri itu lemah, pengecut, dan tidak berkemampuan. Sekali lagi bagi kita sebagai rakyat umum, dakwaan Mahathir ini ada benarnya. Bagi kita negara yang bermaruah, amatlah jatuh maruah kita bila mana kita tidak berani melakukan sesuatu di dalam negara kita sendiri. Dengan alasan takut untuk menghadapi risiko perundangan antarabangsa dengan Singapura, lalu kita membatalkan projek jambatan bengkok itu. Bagi saya, untuk berasa takut atas benda yang belum lagi dilakukan bahkan belum tentu lagi membawa risiko perundangan adalah sesuatu yang dianggap menjatuhkan maruah apatah lagi ia hanya melibatkan sesuatu yang ingin kita lakukan di dalam kawasan kedaulatan kita. Dan bangsa Melayu amat memandang tinggi maruah bangsa dan negaranya!


Banyak lagi isu-isu yang dibangkitkan oleh Mahathir terhadap Pak Lah bagi menyatakan bahawa dasar2 yang diguna pakai oleh Pak Lah ini adalah amat tidak kena. Dasarnya membiarkan Proton bersaing secara terbuka, tanpa sebarang lindungan adalah amat berbahaya sekali kepada syarikat itu. Memikirkan tentang bahawa pentingnya syarikat itu terhadap syarikat2 kecil yang membekalkan produk kepadanya, dan memikirkan betapa bahayanya Proton jatuh bankrap dan kesannya kepada usahawan2 tempatan khususnya usahawan2 melayu, maka tindakan Pak Lah di sebalik tujuan murninya itu tidaklah boleh diterima. Banyak lagi isu-isu yang bagi kita nyata membuktikan Pak Lah tidak cekap dalam menanganinya.


Apa yang ingin saya katakan adalah, Abdullah Ahmad Badai disebalik keperibadian bersih dan niat-niat suci beliau, adalah tidak cekap dan tidak berkemampuan untuk memerintah nagara kita Malaysia. Banyak lagi bukti-bukti yang boleh  menyokong pendapat ini dan akan saya bincangkan pada hari yang lain.


Friday, September 22, 2006

Krisis MAHATHIR - ABDULLAH, patutkah kita menyokong MAHATHIR?

Bagi ramai pemerhati politik dan rakyat biasa, krisis Mahathir - Abdullah telah membuka pelbagai isu-isu yang menarik untuk dikupas. Bagi pemerhati politik, situasi ini amat menarik setelah meyaksikan perkembang politik yang agak lesu selama hampir 3 tahun sejak Mahathir mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.


Pelbagai isu-isu dibangkitkan oleh Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dari isu AP, Proton, jambatan bengkok dan sebagainya. Bagi kita rakyat umum, isu-isu yang dibangkitkan ini ada asasnya. Sedar atau tidak kita mula menyatakan sokongan kita kepada Mahathir. Kita mula mempersoalkan tindakan-tindakan Abdullah sebagai ketua negara. Semetelah Pak Lah menjawap isu-isu yang dibangkitkan, ternyata jawapannya tidaklah dapat memuaskan hati. Kita sebagai rakyat jelata sendiri pun agak ragu dengan jawapan Pak Lah, apatah lagi Mahathir.


Seterusnya, Mahathir terus menerus mengkritik Pak Lah dengan isu-isu yang sama ditambah lagi dengan beberapa isu baru seperti tindakan Pak Lah menghalangnya dari bertemu dengan ahli-ahli Umno bagi menerangkan pendapatnya.. Mahathir mula melabel Pak Lah sebagai tidak demokarik, malah mengatakan Pak Lah diktator kerana menutup ruangnya untuk mengkritik Pak Lah dan kerajaan.


Di sinilah menariknya. Bagi kita pemerhati politik, tindakan Pak Lah tidak lain hanyalah meniru tindakan Mahathir di zaman pemerintahannya dulu. Mahathir pernah menahan pengkritik-pengkritiknya di Kemunting menggunakan akta ISA. Mereka yang ditahan adalah ramai jumlahnya. Mereka ini ditahan hanya kerana mengkritik dengan lantang tindakan2 tidak adil Mahathir ketika itu. Jadi bagi kita, 2 x 5, 5 x 2, sama!


Abdullah melakukan benda yang sama dilakukan oleh Mahathir, tetapi mungkin caranya berlainan kerana situasinya kini agak berlainan. Mahathir menahan pengkritik2 nya ke dalam ISA dulu adalah mereka2 yang berada di luar Umno. Bagaimana pula seorang Presiden Umno mahu menahan pengkritik2 nya yang berada di dalam Umno? Tidak lain tidak dengan menutup segala saluran yang ada.


Bagi Mahathir untuk mengkritik Pak Lah sebagai tidak demokratik adalah sesuatu yang agak melucukan dan payah untuk kita sokong. Kerana yang mengkritik itu pun sama, 2 x 5! Cuma sekarang dia tidak punya kuasa.


Bagaimanakah pendirian kita dalam hal ini? Sebahagiannya kita sokong sebahagiannya kita tidak sokong kerana kita persoalkan kredibiliti pengkritiknya itu. Jadi jelaslah, dalam krisis Mahathir - Abdullah ini, kita hanyalah patut menyokong dalam soal isu-isu yang dibangkitkan Mahathir, dan bukanlah kita menyokong Mahathir.



Pertarungan MAHATHIR - ABDULLAH

Krisis Dalaman Umno - Setakat Mana Kesannya?


        Suatu perkembangan yang tidak dapat tidak mesti diperkatakan panjang lebar oleh pemerhati2 politik muthakhir ini. Ramai berpendapat krisis Mahathir - Abdullah ini yang telah berlanjutan lebih 3 bulan secara terang-terangan  dan lebih setahun secara lembut  telah memecah belahkan perpaduan dalam Umno bahkan umat Melayu sendiri. Ia satu hakikat yang mesti diakui oleh ahli Umno. Tetapi untuk mengatakan telah memecah belahkan perpaduan umat Melayu, amatlah keterlaluan. Perpaduan melayu secara amnya masih utuh, dan tidak dikesani oleh krisis ini. Hanya yang dikesani oleh krisis ini adalah ahli2 Umno seluruh negara amnya dan peringkat tertinggi amnya.


        Di peringkat bawahan, rata2 ahli umno berpendapat bahawa mereka keliru dengan tingkah laku kedua2 pemimpin ini. Jadi pendirian untuk memihak mana satu adalah masih lagi kabur. Tetapi berlainan di peringkat tertinggi Umno. Para pemimpin Umno dengan jelas telah memihak kepada Abdullah dan mempertahankan Presiden Umno itu. Hanya terdapat segelintir kumpulan dalam pimpinan tertinggi Umno yang memihak dan bersimpati kepada Mahathir. Kumpulan ini jarang benar mengeluarkan pandangan2 mereka. Senario ini amat mudah sekali dibaca oleh masyarakat. Rata2 pemimpin Umno tentu skali amat sayangkan kedudukan dan kuasa yang mereka ada sekarang. Maka terjadilah sindrom menyokong membuta tuli dan mengiakan segala kata Presiden Umno itu. Sindiran Mahathir "Segala Titah Patik Junjung" jelas menyindir budaya itu.


        Pada pandangan saya, kesan krisis ini amat terasa hanya pada ahli Umno itu sendiri. Dimana para pemimpin atasan terlalu menyokong Perdana Menteri membuta tuli sehinggakan gagal menyelami pandangan dan perasaan ahli Umno bawahan. Ia sedikit sebanyak meretakkan hubungan Umno dengan akar umbi.





Bicara Pendahuluan

Salam Bicara.


Saya mulakan blog ini dengan sedikit pengenalan tentang diri saya. Asal dari Bagan Serai Perak. Selepas tamat pendidikan menengah di Balik Pulau, saya kemudiannya menyambung pelajaran di MCC, Kuantan selama setahun. Berikutan kegawatan ekonomi pada tahum 1997-1999, saya kemudiannya menyambung pengajian ijazah di UTP sehingga 2001.


Kini telah pun bekerja dalam bidang teknologi maklumat selama 5 tahun di ibu negara. Amat meminati politik dan kini sebagai pemerhati politik yang setia. Idea untuk menghidupkan blog ini sebagai wacana pemikiran politik saya. Selain mengutarakan pandangan politik, saya juga membicarakan isu-isu semasa mutakhir ini.


Selamat membaca.